Ahad, 25 Oktober 2009

YB Hj Mohd Fauzi Abdullah angkat sumpah ADUN Manik Urai


YB Hj Mohd Fauzi Bin Abdullah
Ahli Dewan Undangan Negeri Manik Urai

YB Mohd Fauzi Abdullah dari PAS yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dalam pilihanraya kecil 14 Julai lalu mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam persidangan DUN Kelantan Selasa lalu.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Kelantan, YB Ustaz Nassuruddin Daud dengan disaksikan oleh Menteri Besar YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan seluruh ADUN.

Pilihanraya itu diadakan berikutan kematian ADUN terdahulu, Ismail Yaacob.

Fauzi yang mengalahkan calon BN Tuan Aziz dengan 65 undi sekaligus menamatkan kata-kata manis BN yang di janjikan kepada rakyat.. walaupun Najib mengumumkan projek raksasa di Manik Urai,tetapi rakyat masih mahukan dasar Membangun Bersama Islam.

Fauzi kelihatan tidak kekok berada di dalam dewan dan bergaul dengan ADUN-ADUN yang lain sekaligus menafikan dakwaan Umno BN kononnya Calon PAS tidak berpelajaran tinggi dan tidak dapat membiasakan diri dengan urusan negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan