Isnin, 16 November 2009

PRK baru di Kedah...

YB Dato' Dr Hj Abdul Isa Ismail
SpeakerKerajaan Negeri Kedah Darul Aman

Mahkamah tinggi Kuala Lumpur hri ini memutuskan bahawa ADUN BN Kota Seputeh Dato' Abu Hasan Sarif gugur daripada menjadi ADUN kerana gagal menghadiri sidang DUN selama 2 kali berturut-turut. Hakim Mahkmah Tinggi bersetuju dengan YB Dato' Speaker Kedah YB Dato' Dr Abdul Isa yang menghendaki kerusi DUN itu kosong kerana
Dato' Hassan(Bekas ADUN BN Kota Seputeh)
ADUNnya gagal menjalankan tugas.Dato' Hassan memenangi kerusi itu dengan majoriti 459 undi yang mengalahkan calon PAS Ismail Wan Teh.. satu lagi sejarah akan tercatat di Malaysia apabila satu lagi pilihanraya kecil yang ke sepuluh berlaku di negeri jelapang padi yang kini diterajui Pakatan Rakyat.. DUN Kota seputeh berada dibawah Parlimen Jerlun yang diwakili YB Dato' Mukhriz Mahadzir, DUN yang berjiran dengannya iaitu DUN Ayer Hitam yang diwakili Timbalan Speaker DUN Kedah YB Ust Hj Ghani Ahmad dari PAS..



ini bermakna PAS mempunyai harapan yang cerah untuk menawan DUN Kota Seputeh ini walaupun UMNO/BN Melancarkan serangan dengan menyatakan BN MENANG KEDAH SENANG..rakyat sekarang dah celik minda...mereka dah kenal yang mana amanah yang mana RASUAH.. jdi,kepada petugas-petugas Parti ISLAM...bangunlah menentang Jahiliyyah moden ini,semoga di beri kemenangan oleh Allah...InsyaAllah Harapan Kedah Sejahtera akan terlaksana dengan pertambahan sokongan rakyat DUN Kota Seputeh...

Khamis, 12 November 2009

Kedah arah Ketua Kampung lawan kempen BN


PADANG SERAI, 12 Nov: Majlis Ketua Kampung (MKK) perlu ebih aktif dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung dengan mengambil berat masalah yang dihadapi oleh mereka.

Langkah ini perlu untuk melawan kempen Barisan Nasional (BN) Kedah sekarang yang menggunakan slogan BN Menang, Kedah Senang.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah,YB Ustazah Siti Aishah Ghazali.

Menurut beliau lagi MKK perlu memainkan peranan penting bagi memastikan perkara berbangkit yang timbul daripada penduduk dan rakyat yang diwakili mendapat perhatian dan keprihatinan mereka.

"Kita sedia maklum Umno dan Barisan Nasional sedang melancarkan kempen BN Menang, Kedah Senang bagi memastikan rakyat memberikan kepercayaan dan sokongan semula kepada mereka.

"Oleh kerana itu kita tidak harus biarkan mereka ini terus melaksanakan misi mereka. Maka itu MKK harus bekerja keras dengan turun padang dan membantu masyarakat serta mengambil tindakan segera bagi setiap aduan dan laporan yang diterima daripada masyarakat yang mempunyai masalah.

"Saya juga mahu semua MKK memainkan peranan mereka untuk memastikan tidak ada mana-mana rakyat yang terlepas pandang," katanya.

Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Negeri Kedah berkata demikian selepas merasmikan majlis sumbangan mesin rumput kepada lebih 20 penerima di Dewan Permatang Tok Dik, Padang Serai, Kedah.