Sabtu, 8 Mei 2010

BN yang tak pernah faham soalan....

YB Nasir Mustafa. ADUN Kubang Rotan Kedah

ALOR SETAR, 28 April: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa (gambar) menyifatkan beberapa Adun BN memanipulasikan soalannya kerana politik sempit mereka.

Beliau hari ini tampil menjelaskan isu kekecohan yang berpunca daripada soalan bertulis yang dikemukakannya semasa persidangan Dun Kedah, 26 April lalu.

Menurut beliau, soalan 'panas' yang meminta penjelasan berkaitan bidang kuasa Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam yang perlu dihormati telah mengundang pertikaian wakil-wakil Barisan Nasional (BN) yang tersalah tafsir maksud soalan yang dikemukakannya.

“Saya meletakkan soalan ini agar semua pihak mendapat penjelasan sebenarnya berkaitan bidang kuasa Tuanku Sultan yang mutakhir ini dilihat tidak dihormati oleh pihak-pihak tertentu.

"Soalan itu bertujuan mendapatkan batas sempadan supaya semua pihak dapat menghormati kuasa Tuanku Sultan dalam hal-hal berkaitan pentadbiran agama Islam yang diketuai oleh baginda kerana kebelakangan ini terdapat campur tangan terutama dalam soal perlantikan imam dan pegawai masjid.

"Turut diutarakan supaya dijelaskan kepada pihak tertentu yang menuduh kerajaan negeri akan memecat imam-imam apabila berusia 60 tahun," jelasnya.

Nasir berkata, wakil-wakil BN telah memanipulasikan soalan tersebut demi kepentingan politik sempit yang akhirnya mengakibatkan berlaku pertikaman lidah di antara mereka dengan wakil-wakil Pakatan Rakyat.

"Soalan tersebut cukup jelas dan tidak langsung berniat untuk mempertikaikan bidang kuasa Tuanku Sultan tetapi telah dipolitikkan oleh wakil BN yang bimbang akan dibuktikan mereka adalah pihak yang mengganggu gugat pentadbiran agama di negeri ini," katanya.

Menurutnya lagi, soalan yang dikemukakan adalah ekoran dari tindakan Adun Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah yang mencampuri urusan pentadbiran agama Islam dalam hal berkaitan imam dan pegawai masjid, baru-baru ini.

Nasir tetap mempertahankan pendapatnya bahawa soalan itu tidak langsung menyentuh dan mempertikaikan bidang kuasa atau menghina Tuanku Sultan Kedah jika ia dibahaskan.

Sumber: Harakahdaily

Pemuda pong Utara Ucap tahniah buat pasukan Bola DUN Kuala Nerang...

YB Dr Ismail menyampaikan hadiah kepada pemenang
Pasukan Kuala Nerang bergambar bersama YB Ust Nasir
ALOR SETAR, 04 Mei 2010 – Skuad bimbingan Mohd Shayuti Mahmud berjaya melayakkan diri ke peringkat Suku Akhir Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah apabila berjaya menumpaskan pasukan Bukit Lada menerusi sepakan penalti 3 -1 pada Sabtu lalu.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hijau Kuning, Alor Setar Kedah itu, menyaksikan pasukan Kuala Nerang mempamerkan aksi cemerlang dengan berjaya mempertahankan gol daripada dibolosi pihak lawan. Perlawanan akhir Zon 2 turut disaksikan oleh YB Dr. Ismail Salleh, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Mohd Nasir Zakaria (Ahli Parlimen Padang Terap) dan YB Ahmad Izzat Shauki (Timbalan Speaker DUN Kedah).

Johan Zon 2 Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM 1500 , piala iringan dan sijil penghargaan. Manakala Naib Johan Zon 2, Bukit Lada pula membawa pulang wang tunai RM 1000, piala iringan dan sijil penghargaan. Selain pasukan Kuala Nerang dan Bukit Lada, perlawanan Zon 2 turut menyaksikan petembungan antara pasukan Pedu, Alor Mengkudu, Derga dan Bukit Pinang.

Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah akan diteruskan dengan perlawanan Zon 3 melibatkan pasukan Anak Bukit, Pengkalan Kundor, Bakar Bata, Kubang Rotan, Tokai dan Kota Darulaman yang mana akan berlangsung pada 8 Mei 2010 (Sabtu) bertempat di Stadium Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.
Tahniah buat pasukan Kola Nerang..Pulun Kola Nerang Pulun...