Ahad, 25 Oktober 2009

HARAPAN BARU UNTUK PONG UTARA

Ketua Dewan Pemuda PAS Pong Utara sedang menuntut di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra Kelantan dalam jurusan usuluddin

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pong Utara Hafiz(baju merah) sedang menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir dalam jurusan Usuluddin bersama setiausaha Dppcpu Lutfi Husain juga berada di Al-azhar

Kampong Pong Utara mencatat sejarah apabila semua pimpinan pemudanya bermula dari ketua pemuda sehingga ke ahli jawatan kuasa terpaksa keluar dari kampong untuk mencari ilmu.. ketuanya Mohd Hamizan Amzah (KIAS Kelantan) Timbalan Ketua Mohd Hafiz Ahmad (Al-Azhar Mesir) Setiausaha Mohd Luthfi Hussain(Al-Azhar Mesir) Timbalan Setiausaha Nazim Hayazi (UM Kuala Lumpur) Bendahari Nizom Khadirun (Politeknik Sungai Petani) .
ini bermakna PAS Pong Utara khususnya dan Padang Terap umumnya mengambil berat soal pendidikan kepada pimpinan pelapis untuk berdepan dengan UMNO/BN yang ramai dikalangan pimpinannya yang kurang berpendidikan tinggi.Inilah antara kejayaan pimpinan Perjuangan Islam iaitu PAS yang menjadikan pendidikan sebagai teras utama dalam perjuangannya..
marilah sama-sama kita doakan kejayaan mereka dan kejayaan seluruh pejuang Islam yang cintakan Islam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan