Ahad, 18 Julai 2010

Dewan Pemuda PAS Pong Utara rakamkan Ucapan Takziah Buat Keluarga Hj Husin Abdullah.

Ketua Pemuda PAS Pong Utara Bersama Allahyarham Hj Husin ketika jelajah bersama
Veteren PAS

PAS Pong Utara Khususnya dan Kawasan Padang Terap Amnya merasai kehilangan seorang tokoh yang amat sinonim dengan PAS.Beliau adalah Tuan Haji Husin Hj Abdullah yang merupakan antara pengasas PAS di Cawangan ini.Beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.0o pagi pada 17 Julai 2010.Beliau merupakan orang yang sangat berjasa pada perjuangan Islam ini.Sahabat beliau Hj Abdullah salleh ketika ditemui menceritakan,beliau bersama Allahyarham ketika sekitar tahun 70-an merantau segenap pelusuk Negeri Kedah dan Perlis untuk mencari sumbangan untuk mendirikan Markas PAS Pong Utara.Hasil keringat dan semangatnya,maka terdirilah sebuah markas yang menjadi tempat menjalankan aktiviti jemaah Islam.Sebagai tanda penghormatan,Jenazah beliau disembahyangkan di Markas tersebut.Semoga Rohnya tergolong dalam golongan Para Syuhada yang akan ditempatkan diSurga Allah SAW . Al-Fatihah

Ahad, 4 Julai 2010

Dato' Bentara Setia Dato' Tuan Guru Hj Nik Aziz: Ajar seks ibarat ajar pencuri mencuri


Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Bentara Setia Dato'
Hj
Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan



Menteri Besar Kelantan, Dato'Bentara SetiaDato' Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda. Mursyidul Am PAS itu berkata, langkah itu hanya akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi. "Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang. "Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di Kota Bharu hari ini. Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul. Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai "zina" dan bukan "seks bebas" seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak. "Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud," katanya. Isu pendidikan seks telah sekian lama diperbincangkan dengan kebanyakan pihak menggesa langkah itu dilaksanakan bagi menangani permasalahan sosial seperti pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang. Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai perkara tersebut.

Pemuda PAS Pong Utara Bantah Judi...


Ust Hamizan ketua DPP Pong Utara

Dewan Pemuda PAS cawangan Pong Utara membantah tindakkan kerajaan BN yang begitu cintakan JUDI.Ketua DPPCPU ustaz Hamizan berkata,kami mengutuk sikap kerajaan yang menjadikan judi sebagai pendapatan negara,walaupun lesen judi bola ditarik balik,kita tetap mendesak supaya BN yang berkuasa terhadap undang-undang negara supaya menamatkan segala lesen judi yang diberikan selama ini. beliau juga berkata,kerajaan mendapat hasil judi pada tahun 2008 sebanyak RM2.3 bilion .Negara dibanjiri dengan duit judi.Ini akan mengundang murka Allah SWT kerana sikap dan perangai UMNO BN terhadap judi.. Dewan Pemuda PAS mendesak supaya semua lesen dibatalkan demi menjaga kemanan dan kesejahteraan negara.