Isnin, 8 Mac 2010

Dewan Pemuda PAS Pong Utara Bersama Masyarakat...



Bersama dengan masyarakat untuk menyelami kehidupan mereka dan berusaha menyelesaikan masalah mereka...

Ketua Pemuda PAS Pong Utara Ziarah Veteren PAS..

Baru-baru ini,ketua Dewan Pemuda PAS Cawangan Pong Utara mengadakan Lawatan kerumah Bekas Ketua PAS Cawangan Pong Utara,Tuan Haji Hussin Bin Haji Abdullah..beliau diantara pengasas PAS Cawangan..Beliau menceritakan pengalaman pahit manis berjuang dalam perjuangan Islam ini..Sekarang ni dah senang,zaman kami dulu,masuk satu kampung hanya ada dua tiga orang sokong PAS,sekarang ni dah ramai,dulu nak ceramah pon susah,UMNO halang..katanya.. beliau amat gembira bila PAS dah berjaya memerintah Kedah...dia berpesan,jagalah kemenangan ini,kerana susah untuk dapatkannya..Beliau yang menghidap penyakit Asma asyik berulang alik ke Hospital Kuala Nerang Untuk menerima Rawatan.beliau juga melahirkan rasa gembira bila YB Ust Mohd Nasir Zakaria juga pernah datang menjenguk beliau sebanyak dua kali...beliau berkata hidup dan matinya hanya untuk ISLAM..dan dia akan MATI dalam Islam..insyaAllah..

Khamis, 4 Mac 2010

Pemuda PAS Pong Utara perkenalkan Sumbangan Khairat Kematian

Ust Hamizan,Ketua Dewan Pemuda PAS Pong Utara menyampaikan sumbangan.

Dewan Pemuda PAS Cawangan Pong Utara mengorak langkah untuk membantu rakyat dan juga untuk merialisasikan slogan Kedah Sejahtera dengan memperkenalkan Sumbangan Khairat Kematian.Sumbangan ini akan diberikan kepada warga Pong Utara Sahaja.RM150 akan dihadiahkan kepada waris yang kematian ketua keluarga manakala RM100 untk kematian tanggungannya.Mereka hanya perlu memberikan sijil laporan kematian dan salinan kad pengenalan si mati kepada Ketua Pemuda Pong Utara,Ust Hamizan. Sumbangan ini akan diberikan kepada semua dengan tidak mengira fahaman politik.Dewan Pemuda PAS Pong Utara berharap agar cawangan-cawangan lain dapat turut serta merialisasikan slogan Negara Kebajikan dan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua..

Orang Muda semakin dekat dengan PAS....Orang Muda Geng Kita...

Pemuda PAS Padang Terap menunjukkan kepakaran mereka membakar ikan.
YB Ust Mohd Nasir bersama pemuda diprogram BBQ peringkat UPU

Para Peserta berkonvoi untuk ke tempat BBQ..

Dewan Pemuda PAS Padang Terap mengorak langkah kehadapan untuk mendekati pemuda dalam Parlimen Padang Terap.Dewan Pemuda PAS Padang Terap yang diketuai oleh YB Ust Mohd Nasir Zakaria mengadakan program yang santai akan tetapi memberi makna dan sumbangan yang besar kepada PAS untuk mendekati golongan muda.Program yang dinamakan Bakar Ayam(BBQ) diadakan di setiap UPU diseluruh Parlimen Padang Terap.setelah jelajah ini dimulakan,semakin ramai golongan muda yang menunjukkan minat kepada perjuangan PAS sekaligus membimbangkan Pemuda UMNO kerana ketua pemuda Kedah merupakan Ketua Pemuda UMNO Padang Terap,semakin hari semakin ramai pemuda yang bersama PAS..mereka telah hilang keyakinan kepada UMNO kerana hanya bercakap saja tapi tak buat apa2..kita doakan semoga program ini akan lancar dan akan diteruskan ke seluruh Parlimen.