Ahad, 25 Oktober 2009

Bajet Kelantan" Memacu dalam Hemat"

YB Dato' Hj Husam Musa

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan memberikan tumpuan untuk kebajikan dalam bajetnya tahun ini yang bertema "Memaju dalam hemat'.








Ia telah dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa di pembentangan Bajet 2010 pada sidang Dun hari ini.





Kerajaan negeri Kelantan sekali lagi mengalami defisit dalam bajet tahun 2010 dimana perolehan hasil yang dianggarkan bakal diperolehi ialah RM 387.38 juta manakala perbelanjaan mengurus dianggatkan berjumlah RM416.88 juta dengan anggaran defisit berjumlah RM29.50 juta.

Menurut Husam, anggaran hasil tahunan 2010 meningkat sebanyak RM387.38juta jika dibandingkan dengan tahun 2009, namun ia masih tidak dapat menampung sepenuhnya perbelanjaan mengurus.

Hasil yang meliputi Cukai iaitu RM 77.33 juta, manakala Bukan Cukai pula ialah RM208.28juta dan Terimaan bukan hasil sebanyak RM101.77 juta.

Peningkatan hasil bagi tahun 2010 adalah berpunca daripada kenaikan beberapa sumber hasil tertentu akibat penyemakan semula yang dibuat oleh jabatan-jabatan setelah mengambilkira pungutan sebenar hasil yang diperolehi bagi tahun 2009.

Hasil Tanah merupakan penyumbang terbesar iaitu RM 110.59 juta atau 28.55 peratus daripada keseluruhan hasil,manakala perhutanan menyumbang RM107.48 juta atau 27.74 peratus.

Husam juga berkata peningkatan dalam perbelanjaan mengurus bagi tahun 2010 sebanyak 13.58 peratus jika dibandingkan dengan tahun 2009 iaitu sejumlah RM56.62 juta.

"Kerajaan juga berharap agar agensi-agensi negeri seperti Pihak Kerajaan Tempatan, YAKIN, Yayasan Islam Kelantan, Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan PKINK akan terus berusaha untuk mempertingkatkan hasil atau mencari punca hasil baru, mereka perlu proaktif dalam usaha ini supaya dapat berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada sumber bantuan kerajaan negeri,"ujar beliau._

Tiada ulasan:

Catat Ulasan