Khamis, 29 Oktober 2009
Ke mana Demokrasi di Perak???
Selasa, 27 Oktober 2009
Isnin, 26 Oktober 2009
YAB Tuan Guru Dato' Hj Nik Abd Aziz Nik Mat Pemimpin Di Hati Rakyat....

Hj Nik Abdul Aziz Bin Hj Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
Mursyidul Am PAS
Tahun Lahir
1931
Tempat Lahir
Pulau Melaka, Kelantan
Status:
Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi
10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambil
jurusan agama sebagai pilihan utama.
Pendidikan:
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) – 1936.
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
Universiti Deobond, India – 1952.
Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.
Penguasaan Bahasa:
Melayu, Inggeris,Tamil, Urdu,Arab
Pekerjaan:
Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS.
Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.
Politik:
1967 – Daftar sebagai ahli PAS.
1967-1969 -Pilihanraya Kecil – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
1990-Sekarang – Menteri Besar Kelantan.
Kesimpulan Jawatan Politik:
19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen.
4 Tahun Sebagai Ahli DUN. Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan Selama 19 Tahun.
Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Wakil Rakyat DUN dan Parlimen Selama 42 Tahun.


YB Ustaz Nasir Zakaria Pemimpin muda yang berwibawa

Ahli Parlimen Padang Terap

susah dan tengok YB sebelum ini seperti beliau.memang mesra rakyat.
Boleh bertegur sapa dengan siapa sahaja..tak kira bangsa,politik dan agama.
inilah pemimpin yang akan merubah negara pada masa hadapan..Dengan stail yang ada pada Ust Nasir, maka kata-kata Almarhum Dato' Ust Hj Fadzil Noor akan terlaksana iaitu
mema

untuk menjadi seorang pemimpin,haruslah ada sikap dan pendirian seperti ini,yang menjadikan Islam sebagai dasar dan al-quran sbg rujukan.
kepada YB Ust Nasir,teruskan perjuangan membela nasib Islam dan nasib rakyat, kami akan tetap bersamamu...
Ahad, 25 Oktober 2009
YB Hj Mohd Fauzi Abdullah angkat sumpah ADUN Manik Urai

YB Hj Mohd Fauzi Bin Abdullah
Ahli Dewan Undangan Negeri Manik Urai
Beliau mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Kelantan, YB Ustaz Nassuruddin Daud dengan disaksikan oleh Menteri Besar YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan seluruh ADUN.

Pilihanraya itu diadakan berikutan kematian ADUN terdahulu, Ismail Yaacob.
Fauzi yang mengalahkan calon BN Tuan Aziz dengan 65 undi sekaligus menamatkan kata-kata manis BN yang di janjikan kepada rakyat.. walaupun Najib mengumumkan projek raksasa di Manik Urai,tetapi rakyat masih mahukan dasar Membangun Bersama Islam.
Bajet Kelantan" Memacu dalam Hemat"
Ia telah dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa di pembentangan Bajet 2010 pada sidang Dun hari ini. | ||||||||
| ||||||||
Kerajaan negeri Kelantan sekali lagi mengalami defisit dalam bajet tahun 2010 dimana perolehan hasil yang dianggarkan bakal diperolehi ialah RM 387.38 juta manakala perbelanjaan mengurus dianggatkan berjumlah RM416.88 juta dengan anggaran defisit berjumlah RM29.50 juta.
Menurut Husam, anggaran hasil tahunan 2010 meningkat sebanyak RM387.38juta jika dibandingkan dengan tahun 2009, namun ia masih tidak dapat menampung sepenuhnya perbelanjaan mengurus.
Hasil yang meliputi Cukai iaitu RM 77.33 juta, manakala Bukan Cukai pula ialah RM208.28juta dan Terimaan bukan hasil sebanyak RM101.77 juta.
Peningkatan hasil bagi tahun 2010 adalah berpunca daripada kenaikan beberapa sumber hasil tertentu akibat penyemakan semula yang dibuat oleh jabatan-jabatan setelah mengambilkira pungutan sebenar hasil yang diperolehi bagi tahun 2009.
Hasil Tanah merupakan penyumbang terbesar iaitu RM 110.59 juta atau 28.55 peratus daripada keseluruhan hasil,manakala perhutanan menyumbang RM107.48 juta atau 27.74 peratus.
Husam juga berkata peningkatan dalam perbelanjaan mengurus bagi tahun 2010 sebanyak 13.58 peratus jika dibandingkan dengan tahun 2009 iaitu sejumlah RM56.62 juta.
"Kerajaan juga berharap agar agensi-agensi negeri seperti Pihak Kerajaan Tempatan, YAKIN, Yayasan Islam Kelantan, Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan PKINK akan terus berusaha untuk mempertingkatkan hasil atau mencari punca hasil baru, mereka perlu proaktif dalam usaha ini supaya dapat berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada sumber bantuan kerajaan negeri,"ujar beliau._
Sidang DUN Perak nak kecoh lagi???
Nizar mendakwa beliau mendengar dari sumber-sumber tidak sah tetapi boleh dipercayai bahawa Umno akan mengupah 15 orang "samseng" untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN bagi menghalang "berlaku sebarang kekecohan dari pihak kami".
Dakwanya lagi, apa yang membimbangkan beliau ialah 15 orang samseng ini telah diarahkan supaya mensasar dan memukul lima ADUN bukan Islam dari Pakatan.
Menurut Nizar lagi, satu sumber memberitahu beliau bahawa lima ADUN Pakatan itu ialah Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), S Kesavan (Hutang Melintang), A Sivasubramaniam (Buntong) and Thomas Su (Pasir Pinji).
Nizar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mendengar dari sumber-sumber di Sekretariat Kerajaan Negeri bahawa 28 ADUN Pakatan akan dihalang daripada membawa telefon bimbit dan kamera untuk merakam sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin berlaku dalam sidang dewan Rabu ini.
Dakwaan yang sama juga dibuat oleh setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam sidang akhbarnya semalam.
"Kami juga mendengar bahawa kami perlu melalui pemeriksaan keselamatan yang ketat, termasuk penggunaan pengesan logam," kata Nizar.
"Kami bukan penjenayah yang perlu melalui layanan yang memalukan itu oleh regim BN, yang telah menghina pengundi yang telah memilih kami sebagai wakil rakyat mereka," tambahnya.
Nizar berkata, ADUN Pakatan Rakyat tidak akan mencetuskan sebarang gangguan dan kekecohan di sidang dewan itu nanti.
"Kekecohan tidak akan berpunca daripada kami yang melakukan tugas kami mengikut Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Perak dan Perlembagaan Perak," tambahnya.

SIDANG DUN KEDAH 2009
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan berlansung pada 17 hingga 19 hb 11 ini dengan menyaksikan bajet kedua Kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Ust Haji Azizan Bin Abd Razak selaku Menteri Besar PAS yang pertama setelah kejayaan Pakatan Rakyat memerintah Kedah sejak Mac 2008 yang lalu..di harapkan agar bajet yang akan di bentangkan nanti dapat dirasai nikmatnya oleh seluruh rakya Negeri Kedah bersesuaian dengan tema dan prinsip kerajaan negeri iaitu Kedah Sejahtera Nikmat untuk Semua.. tahniah diucapkan kepada YAB Dato" Seri Ust Azizan diatas kejayaan mentadbir kerajaan Kedah walaupun badai dan ombak provokasi melanda...tapi Dato' seri berjaya menongkah badai,dan didoakan smga bahtera Kedah Sejahtera akan sampai ke matlamatnya..
Nozula gamatkan Sidang DUN Kelantan

22/10/2009 : Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan digamatkan dengan tuduhan dari Adun BN Paloh yang mengatakan bahawa kerajaan PAS negeri Kelantan memberikan sebanyak 4000 ekar balak kepada Perbadanan Pondok Moden Berhad. setelah dijelaskan oleh pihak kerajaan, Nozula masih berkeras dengan tuduhnnya itu sehinggalah Adun Melor YB Ust Wan Ismail bangun menjelaskan kepada dewan dengan merujuk kertas jawapan pihak kerajaan mukasurat 56 yang menjelaskan bahawa hanya 1500 ekar kawasan balak yang diperuntukkan.
Namun wakil rakyat BN itu bagaikan tidak faham bahasa,dengan terus mempersoalkan mengapa kerajaan negeri memberikan kawasan balak kepada pondok? ini m mengukuhkan lagi bahawa UMNO/BN menganaktirikan Pendidikan Agama dengan mempertikaikan hal tersebut.. Apakah salah kerajaan negeri yang dasarnya MEMBANGUN BERSAMA ISLAM menganugerahkan hasil bumi kurniaan Allah untuk pondok yang jelas tujuan penubuhannya untuk mengajar manusia tentang Agama Allah iaitu

HARAPAN BARU UNTUK PONG UTARA


Timbalan Ketua Pemuda PAS Pong Utara Hafiz(baju merah) sedang menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir dalam jurusan Usuluddin bersama setiausaha Dppcpu Lutfi Husain juga berada di Al-azhar
marilah sama-sama kita doakan kejayaan mereka dan kejayaan seluruh pejuang Islam yang cintakan Islam...
Khamis, 22 Oktober 2009
sejadah sembahyang???????


Selasa, 20 Oktober 2009
Rintihan Hamba kepada TuhanNya

tangisan seorang Menteri Besar,seorang Pemimpin Ummat
ISLAM UNTUK SEMUA

bangunlah,merdekakan dirimu dari kejahilan, terimalah ISLAM, nescaya ISLAM menerimamu dan membantu mu di Akhirat nanti.
Penyampaian sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri
.jpg)
majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri Ketua Pemuda PAS Pong Utara
Aktiviti tahunan Ketua Dewan Pemuda PAS Pong Utara, Mohd Hamizan Amzah iaitu mengadakan Majlis Jamuan Aidilfitri. Pelbagai juadah di sediakan antaranya sate ,ketupat,lemang , bihun goreng,rendang kuih raya dan macam-macam lagi. penduduk kampung hadir beramai-ramai dan antara tetamu kehormat iaitu YB Ust Nasir Zakaria (Ahli Parlimen Padang Terap) Yahaya Saud lebih dikenali sebagai Pak Ya(Ketua Penerangan PAS Padang Terap) Mat Hidin Ismail(S/U kerja Umno Bahagian) dan ramai lagi. majlis di mulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat. Ramai yang hadir ,ada PAS dan ada Umno/BN. semua ini bertujuan memasyrakatkan PAS ,bersempena dengan tema PAS iaitu PAS UNTUK SEMUA.
Anwar: Pakatan Rakyat tidak berpecah
'Komitmen yang diberikan oleh pucuk pimpinan parti adalah jelas," katanya sambil menambah bahawa mereka akan menangani apa sahaja kelemahan melalui bekerjasama sebagai satu pasukan.
Anwar menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar bersama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.
Sebagai tanda komitmen mereka, pemimpin tinggi dari DAP dan PAS turut hadir di sidang akhbar tersebut, termasuk Naib Presiden PKR, Azman Ali dan Datuk Zaid Ibrahim, yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan draf rangka kerja dasar bersama Pakatan.
Anwar juga menegaskan bahawa beliau tidak bimbang dengan komitmen pucuk pimpinan Pakatan untuk terus memperkukuhkan kerjasama dalam gabungan tersebut.Bagaimanapun, katanya, mereka bersetuju bahawa kadang-kadang wujud ketidakselesaan di peringkat akar umbi.
Anwar juga mengingatkan bahawa perbezaan antara pemimpin gabungan itu perlu diselesaikan secara bermuafakat melalui saluran yang ada.
Bagaimanapun, katanya, mereka tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan dalam Pakatan, terutama di peringkat akar umbi.
"Saya tidak bimbang langsung terhadap hubungan kami di peringkat pusat tetapi Umno sudah tentunya akan terus memainkan isu-isu tersebut," kata Anwar lagi.
Beliau juga menafikan wujudnya pergeseran antara Azmin - yang mempunyai masalah dengan para pemimpin PKR Sabah - dengan Zaid, yang telah melawat negeri itu walaupun mendakwa beliau telah dilarang ke sana oleh pucuk pimpinan parti itu.
Azmin telah dipetik dalam laporan media sebagai berkata Zaid tidak dihalang oleh sesiapa pun dalam parti itu daripada menghadiri majlis parti itu di Sabah.
Beliau menggesa Zaid memperjelaskan apa yang dimaksudkannya apabila beliau berkata ketua umum parti itu, Anwar Ibrahim tidak memberi restu kepadanya (Zaid) untuk melawat negeri itu.