Isnin, 16 November 2009

PRK baru di Kedah...

YB Dato' Dr Hj Abdul Isa Ismail
SpeakerKerajaan Negeri Kedah Darul Aman

Mahkamah tinggi Kuala Lumpur hri ini memutuskan bahawa ADUN BN Kota Seputeh Dato' Abu Hasan Sarif gugur daripada menjadi ADUN kerana gagal menghadiri sidang DUN selama 2 kali berturut-turut. Hakim Mahkmah Tinggi bersetuju dengan YB Dato' Speaker Kedah YB Dato' Dr Abdul Isa yang menghendaki kerusi DUN itu kosong kerana
Dato' Hassan(Bekas ADUN BN Kota Seputeh)
ADUNnya gagal menjalankan tugas.Dato' Hassan memenangi kerusi itu dengan majoriti 459 undi yang mengalahkan calon PAS Ismail Wan Teh.. satu lagi sejarah akan tercatat di Malaysia apabila satu lagi pilihanraya kecil yang ke sepuluh berlaku di negeri jelapang padi yang kini diterajui Pakatan Rakyat.. DUN Kota seputeh berada dibawah Parlimen Jerlun yang diwakili YB Dato' Mukhriz Mahadzir, DUN yang berjiran dengannya iaitu DUN Ayer Hitam yang diwakili Timbalan Speaker DUN Kedah YB Ust Hj Ghani Ahmad dari PAS..



ini bermakna PAS mempunyai harapan yang cerah untuk menawan DUN Kota Seputeh ini walaupun UMNO/BN Melancarkan serangan dengan menyatakan BN MENANG KEDAH SENANG..rakyat sekarang dah celik minda...mereka dah kenal yang mana amanah yang mana RASUAH.. jdi,kepada petugas-petugas Parti ISLAM...bangunlah menentang Jahiliyyah moden ini,semoga di beri kemenangan oleh Allah...InsyaAllah Harapan Kedah Sejahtera akan terlaksana dengan pertambahan sokongan rakyat DUN Kota Seputeh...

Khamis, 12 November 2009

Kedah arah Ketua Kampung lawan kempen BN


PADANG SERAI, 12 Nov: Majlis Ketua Kampung (MKK) perlu ebih aktif dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung dengan mengambil berat masalah yang dihadapi oleh mereka.

Langkah ini perlu untuk melawan kempen Barisan Nasional (BN) Kedah sekarang yang menggunakan slogan BN Menang, Kedah Senang.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah,YB Ustazah Siti Aishah Ghazali.

Menurut beliau lagi MKK perlu memainkan peranan penting bagi memastikan perkara berbangkit yang timbul daripada penduduk dan rakyat yang diwakili mendapat perhatian dan keprihatinan mereka.

"Kita sedia maklum Umno dan Barisan Nasional sedang melancarkan kempen BN Menang, Kedah Senang bagi memastikan rakyat memberikan kepercayaan dan sokongan semula kepada mereka.

"Oleh kerana itu kita tidak harus biarkan mereka ini terus melaksanakan misi mereka. Maka itu MKK harus bekerja keras dengan turun padang dan membantu masyarakat serta mengambil tindakan segera bagi setiap aduan dan laporan yang diterima daripada masyarakat yang mempunyai masalah.

"Saya juga mahu semua MKK memainkan peranan mereka untuk memastikan tidak ada mana-mana rakyat yang terlepas pandang," katanya.

Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Negeri Kedah berkata demikian selepas merasmikan majlis sumbangan mesin rumput kepada lebih 20 penerima di Dewan Permatang Tok Dik, Padang Serai, Kedah.

Khamis, 29 Oktober 2009

Ke mana Demokrasi di Perak???

Polis menyekat ADUN Bersidang???

Mengapa DUN Perak Dikawal Mafia??

UMNO tak kenal speaker halal dan speaker haram...
YAB Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

ramai yang dok tanya ,knp Nizar ni dok pertahankan kerusi Menteri Besar?? Sivakumar pon knp dok pertahankan Speaker?? yang sebenarnya kita mesti tnya knp Zamry gatai nak jd MB?? rakyat dah buat keputusan ,knp UMNO/BN Tak boleh terima??? ini bermakna UMNO/BN yang kemaruk kuasa,kalau tak kerana rkyat tolak BN pada PRUke 12 hari tu..orang takkan sebut nama Dato' Seri Nizar,dan dia pun tak akan bermati-matian nak jadi MB,tetapi bila rakyat yang mahukan perubahan dengan memilih Pakatan Rakyat untuk memerintah,knp hangpa dok sibuk ni??? lani Zambry kata Nizar GILA TALAK,awt yang hang tu tak gila talak ka?? Jutaan rakyat Perak dak Tolak UMNO/BN Pada PRU yang lalu,knp yang dok rampas lg kerajaan ni?? dulu masa BN perintah,kami tak kacau,krn waktu tu rakyat tak mau lagi kat kami,tapi lani, rakyat dah nakkan kami,knp hang buat macam ni??? kemana demokrasi yang di laungkan ??? ini bermakna UMNO ni parti pokok kiambang yang selalu berubah dengan pasang surut air...maka jelaslah disini pelbagai usaha yang dilakukan ini semata-mata untuk menambahkan lagi benci rakyat pada UMNO/BN..tengok PRK Bukit Gantang,rakyat dah buat keputusan lagi,menolak UMNO/BN tapi,UMNO ni pekak dan tuli,,,dia pakai undang-undang dia saja...rakyat mesti paham,pemimpin mana yang boleh diharap dan yang mana yang akan menyusahkan rakyat,,jelas UMNO menyusahkan rakyat jelata.. maka kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Ir Hj Mohd Nizar teruskan perjuangan mu...setiap langkahmu akan menuju kejayaan..kami tetap bersamamu...

Selasa, 27 Oktober 2009

Gambar kenangan...Indahnya Hidup Bersama Ulama.....


Indahnya hidup menjadi Pencinta Islam

Tok Guru, teruskan perjuanganmu untuk Agama yang Tercinta...Kami setia bersamamu...



Indahnya saat Tok Guru senyum



Melangkah dengan penuh semangat menongkah arus jahiliyyah moden

Tunggulah UMNO ,setiap langkah kaki ini akan menuju kejayaan yang Agung untuk Islam




Isnin, 26 Oktober 2009

YAB Tuan Guru Dato' Hj Nik Abd Aziz Nik Mat Pemimpin Di Hati Rakyat....


Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato'
Hj Nik Abdul Aziz Bin Hj Nik Mat

Menteri Besar Kelantan
Mursyidul Am PAS



Biodata & Sejarah Politik YAB Tuan Guru....


Tahun Lahir
1931

Tempat Lahir
Pulau Melaka, Kelantan

Status:
Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi
10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambil
jurusan agama sebagai pilihan utama.
Pendidikan:
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) – 1936.
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
Universiti Deobond, India – 1952.
Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.


Penguasaan Bahasa:
Melayu, Inggeris,Tamil, Urdu,Arab
Pekerjaan:
Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS.
Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.
Politik:
1967 – Daftar sebagai ahli PAS.
1967-1969 -Pilihanraya Kecil – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
1990-Sekarang – Menteri Besar Kelantan.
Kesimpulan Jawatan Politik:
19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen.
4 Tahun Sebagai Ahli DUN. Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan Selama 19 Tahun.
Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Wakil Rakyat DUN dan Parlimen Selama 42 Tahun.



YB Ustaz Nasir Zakaria Pemimpin muda yang berwibawa

YB Ust Mohd Nasir Zakaria
Ahli Parlimen Padang Terap



YB Ust Nasir Zakaria atau lebih mesra di panggil Ust Naset,cukup sinonim dengan warga Padang Terap.Beliau memenangi kerusi Parlimen P07 Padang Terap dengan majoriti 369undi.kemenangan yang agak kecil,namun,YB Ust Nasir merupakan seorang pemimpin yang berkaliber, tanpa rasa kekok,beliau menyantuni segenap lapisan rakyat khusunya di Padang Terap.Tak kira parti,samada UMNO atau PAS semua dijaganya..semua di bela..walaupun pemimpin UMNO mengatakan Ust Nasir asih mentah kerana usianya yang muda,namun beliau telah berjaya melaksanakan tugas dan amanah yang ditanggungnya dengan baik.walau badai ombak menggulung,namun ust Nasir masih mampu untuk menakhodai kapalnya untuk kesejahteraan rakyat jelata..walaupun beliau sibuk dengan tugasan,beliau masih sempat bermain bola bersama pemuda di kampung-kampung,tanpa rasa ego dan besar diri,walaupun beliau seorang YB,masih boleh berjersi dan berseluar track ,turun kepadang bola bersama rakyat.
susah dan tengok YB sebelum ini seperti beliau.memang mesra rakyat.

Boleh bertegur sapa dengan siapa sahaja..tak kira bangsa,politik dan agama.

inilah pemimpin yang akan merubah negara pada masa hadapan..Dengan stail yang ada pada Ust Nasir, maka kata-kata Almarhum Dato' Ust Hj Fadzil Noor akan terlaksana iaitu
memasyarakatkan PAS kepada semua



untuk menjadi seorang pemimpin,haruslah ada sikap dan pendirian seperti ini,yang menjadikan Islam sebagai dasar dan al-quran sbg rujukan.



kepada YB Ust Nasir,teruskan perjuangan membela nasib Islam dan nasib rakyat, kami akan tetap bersamamu...

Ahad, 25 Oktober 2009

YB Hj Mohd Fauzi Abdullah angkat sumpah ADUN Manik Urai


YB Hj Mohd Fauzi Bin Abdullah
Ahli Dewan Undangan Negeri Manik Urai

YB Mohd Fauzi Abdullah dari PAS yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dalam pilihanraya kecil 14 Julai lalu mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam persidangan DUN Kelantan Selasa lalu.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Kelantan, YB Ustaz Nassuruddin Daud dengan disaksikan oleh Menteri Besar YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan seluruh ADUN.

Pilihanraya itu diadakan berikutan kematian ADUN terdahulu, Ismail Yaacob.

Fauzi yang mengalahkan calon BN Tuan Aziz dengan 65 undi sekaligus menamatkan kata-kata manis BN yang di janjikan kepada rakyat.. walaupun Najib mengumumkan projek raksasa di Manik Urai,tetapi rakyat masih mahukan dasar Membangun Bersama Islam.

Fauzi kelihatan tidak kekok berada di dalam dewan dan bergaul dengan ADUN-ADUN yang lain sekaligus menafikan dakwaan Umno BN kononnya Calon PAS tidak berpelajaran tinggi dan tidak dapat membiasakan diri dengan urusan negeri.