ISLAM DIDAHULUKAN
AL-QURAN DIUTAMAKAN
ISLAM UNTUK SEMUA
Khamis, 12 November 2009
Kedah arah Ketua Kampung lawan kempen BN
PADANG SERAI, 12 Nov: Majlis Ketua Kampung (MKK) perlu ebih aktif dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung dengan mengambil berat masalah yang dihadapi oleh mereka.
Langkah ini perlu untuk melawan kempen Barisan Nasional (BN) Kedah sekarang yang menggunakan slogan BN Menang, Kedah Senang.
Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah,YB Ustazah Siti Aishah Ghazali.
Menurut beliau lagi MKK perlu memainkan peranan penting bagi memastikan perkara berbangkit yang timbul daripada penduduk dan rakyat yang diwakili mendapat perhatian dan keprihatinan mereka.
"Kita sedia maklum Umno dan Barisan Nasional sedang melancarkan kempen BN Menang, Kedah Senang bagi memastikan rakyat memberikan kepercayaan dan sokongan semula kepada mereka.
"Oleh kerana itu kita tidak harus biarkan mereka ini terus melaksanakan misi mereka. Maka itu MKK harus bekerja keras dengan turun padang dan membantu masyarakat serta mengambil tindakan segera bagi setiap aduan dan laporan yang diterima daripada masyarakat yang mempunyai masalah.
"Saya juga mahu semua MKK memainkan peranan mereka untuk memastikan tidak ada mana-mana rakyat yang terlepas pandang," katanya.
Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Negeri Kedah berkata demikian selepas merasmikan majlis sumbangan mesin rumput kepada lebih 20 penerima di Dewan Permatang Tok Dik, Padang Serai, Kedah.
Dewan Pemuda PAS Cawangan Pong Utara,pejabat di: Markas PAS cawangan Pong Utara,Mukim Tekai Kanan 06300 Kuala Nerang.Di ketuai oleh Mohd Hamizan Amzah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan