Isnin, 21 Disember 2009

Mengapa UMNO takut Tok Guru Nik Aziz


YAB Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Bin Hj Nik Mat merupakan seorang pemimpin islam tersohor abad ini.Di senaraikan dalam senarai ke42 pemimpin islam paling berpengaruh didunia...tetapi itu bagi pandangan mereka-mereka diluar Malaysia...di Malaysia,kehadiran Tok Guru ini ibarat racun yang berbisa yang akan membunuh pokok-pokok jahiliyah moden yang ditanam oleh UMNO/BN...kehadirannya berjaya mengubah minda rakyat seluruh Malaysia kepada kembali kepada hidup bersyariat dengan Syariat Islam..bermacam-macam tuduhan dilemparkan oleh UMNO kepada seorang tua yang telah berusia 78tahun... walaupun usianya lanjut,beliau menjadikan usianyai itu sebagai guru yang cukup berkesan untuk mentarbiahnya...UMNO tak henti-henti memfitnahnya dengan pelbagai cara... namun cuba kita fikirkan,mengapakah rakyat seluruh dunia boleh menghormatinya..cina,india,budha,melayu dan sebagainya menyayangi TOK Guru,mengapa tidak bagi UMNO/BN??? ini bermakna,UMNO bencikan ulamak untuk memimpin dunia,mungkin mereka takutkan diri mereka dikenakan tindakkan atau sebagainya... baru-baru ini,pemuda UMNO mengadakan demonstrasi di hadapan SUK Kelantan sbg tanda protes mereka dan memohon supaya Tok Guru letak jawatan,kehadiran mereka dianggarkan 200 orang,melaung ,melalak untuk mendesak Tok Guru letak jawatan,dengan kehendak Allah,pada hari jumaat selepas UMNO berdemonstrasi,Puluhan ribu rakyat seluruh Kelantan datang membanjiri Bandaraya Islam Kota Bharu untuk menyatakan sokongan padu mereka kepada Tok Guru, ada cina,ada india,ada kaum thai ,melayu dan semua bangsa dan agama hadir memberikan sokongan...yang paling menarik wakil cina memakai kain dikepala mereka dengan ditulis KAMI SAYANG TOK GURU... sebak hati saya bila melihat keindahan masyarakat dibawah kepimpinan Tok Guru...seorang Wakil india berucap dengan nada yang cukup lantang mengatakan...demo jange kaca tok guru kawe... kawe kenal sapo demo...kami puok india berdiri teguk bersama tok guru... tok guru teruskan perjuange...mereka ini bukan di upah untuk bercakap demikian,tetapi ini lah kejayaan Tok Guru memasyaraktkan Islam kepada semua..oleh itu,marilah kita menyatakan sokongan kita kepada Tok Guru dengan mendoakan kesihatannya dan dipanjangkan umur oleh Allah supaya kekal memerintah sampai ke akhir hayat...Tok Guru,teruskan perjuanganmu..kami Pemuda Islam berdiri teguh bersamamu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan